Monday, July 19, 2010
Pertandingan Educational Blogging peringkat Kebangsaan (National Educational Blogging Competition)
http://ict.upsi.edu.my/ictday2010/
I have been asked by the IT teacher, Pn Munni to take part in this blogging contest for teachers, and after reading the terms and conditions below, I decided to give it a try. I started at my existing Wordpress blog, but I have seen it fit to transfer it here as I am more comfortable with "blogger"!!! I reprint below the details of the competition for my own reference and for you to browse too. It is in Malay, though! My blog is supposed to be in Malay too, and I will translate where necessary or go bi lingual in places deemed necessary.
Skop Pertandingan
* Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
* Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah peringkat sekolah/IPT.
Pendaftaran penyertaan hendaklah dibuat di laman web (http://ict.upsi.edu.my/hict2010)
Penyertaan hendaklah diterima oleh pihak urusetia selewat-lewatnya pada atau sebelum12.00 tengahari, 25 Julai 2010.
Pertanyaan
Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia Pertandingan Pertandingan Educational Blog peringkat Kebangsaan iaitu:-
Pn. Siti Munirah Ahmad (05-4506741) emel : siti.munirah@ict.upsi.edu.my
En. Prabu (05-4506325) emel: prabu@ict.upsi.edu.my
En. Farhan (05-4506211) emel: mfarhan@ict.upsi.edu.my
Pusat ICT
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim.
Tel : 05 - 4506922
Fax : 05 - 4581600
Email : ictcentre@upsi.edu.my
Kriteria Penilaian Pertandingan Educational Blogging peringkat Kebangsaan
Written by ict
Wednesday, 16 June 2010 02:10
Kandungan
Perkongsian ilmu / maklumat berkenaan subjek sekolah / IPT.
Kesahihan maklumat
Rekabentuk
Kreatif
Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)
Interaktif/dinamik
Mudah difahami (user friendly)
Daya Tarikan
Nilai Tambah
Fungsi/aplikasi tambahan yang berfaedah kepada pengguna.
Maklumat tambahan yang berfaedah kepada pengguna
Pautan ke laman web yang berkaitan
Kolaborasi dengan komuniti
Syarat-syarat penyertaan Pertandingan Educational Blog peringkat Kebangsaan
Written by ict
Wednesday, 16 June 2010 02:21
Blog yang hendak dipertandingkan mestilah boleh dicapai melalui Internet pada bila-bila masa.
Para peserta adalah bebas untuk menggunakan kreativiti sendiri termasuklah mendapatkan khidmat nasihat daripada para pakar di seluruh dunia bagi membangunkan blog masing-masing yang tertakluk kepada syarat-syarat pertandingan.
Kandungan dalam blog mestilah bebas daripada malicious code, virus, pornografi, perkauman, kebencian, bahan yang diharamkan, politik atau isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia.
Sebarang plagiarism yang terlibat dalam pembangunan blog adalah tanggungjawab peserta.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual atau hak cipta sekiranya peserta melanggar peraturan di atas.
Pihak penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan tanpa memberi sebarang sebab.
Keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu tanpa memaklumkannya kepada para peserta.
Pihak penganjur berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan para peserta.
Borang penyertaan perlu dihantar sebelum tarikh tutup pertandingan.
Penilaian Blog Terbaik
Blog yang menyertai pertandingan akan dinilai oleh jawatankuasa panel hakim yang dilantik oleh jawatankuasa pertandingan.
Penilaian akan dijalankan mulai 26 Julai hingga 29 Julai 2010.
Hadiah Pertandingan Educational Blog peringkat Kebangsaan
Written by ict
Wednesday, 16 June 2010 02:28
Hadiah akan disediakan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga bagi setiap kategori pertandingan. Hadiah-hadiah adalah seperti berikut :
Johan : sebuah Apple iPad beserta sijil
Naib Johan : sebuah Netbook beserta sijil
Tempat Ke-3 : sebuah SmartPhone beserta sijil
Tempat Ke-4 : sebuah Kamera Digital beserta sijil
Tempat Ke-5 : sebuah Portable Hardisk beserta sijil
Tempat Ke-6 : sebuah Telefon Bimbit beserta sijil
Tempat Ke-7 : sebuah USB Drive beserta sijil
Tempat Ke-8 : sebuah USB Drive beserta sijil
Tempat Ke-9 : sebuah USB Drive beserta sijil
Tempat Ke-10 : sebuah USB Drive beserta sijil
Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta.
*hadiah akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan tertakluk pada perubahan dari penganjur.
Majlis Penyampaian Hadiah
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang akan diadakan pada Hari ICT 2010 di UPSI, 5 Ogos 2010.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment